Monday, March 28, 2016

ME'NATE LAGI AND PLAN CUTI TAK JADI

No comments :

Jumaat last week, i date ngan husband kat Me'nate Cawangan Bangi plak.
Ni antara cawangan terbaru this steak hub.
Saja nak try cemana.

:: Hjh Ramona depan restaurant. Ari jemaat, I main sarung je jubah. Hahha, dulu masa kecik2. makcik2 I suka panggil I ramona. Bajet kecik2 i kan cumel2 sikit, rambut perang2 sikit..tulang pipi timbul sikit,bulat2 gebus2...konon mcm Ramona Rahman. Pelakon pan asian tu.tak tau plak kesudahannya bila dah besar, kelaut mcmni. Lawa sikit je dari ruminah sidek. ramona rahman tah kemana, byg pun tak nampak. hahaha. ::

:: Kali ni i plak makan lamb. Sama je mcm dulu.. besar gini RM54.00 je. Kat Bangi ni dia leh requested gravy either nak black pepper sauce, mushroom or garlic. I pilih mushroom... Ni medium well cook.. mcm biasa.. ::

:: Suami pnya steak RM51.00. Murah plak dari lamb. Yang ni takde lemak ok! nyampah taw suami i kalau makan, tanak dia lemak2 ni. daging kejung cenggitu. Kalau i? opkos yg lemak2, melt2 dlm mulut.. baru la GEMOK! hahaha. I choose kan dia black pepper sauce and medium well cook as well.. ::

:: Lagi satu kat bangi. free flow dia tadek hot water! no cappucino or coffe at all! tak best ok! Masa makan kat Cawangan Ampang Jaya,dia pnya white coffee...acenggginiii pnya setap tap tap. So layan ice lemon tea and blackcurrant je. :: 

My personal review...
For me lah kan..Me'nate Bangi ni still baru.
Gravy dia tak sesedap mcm cawangan Ampang Jaya.
Kat Ampang tu minimalis je ingradients dia, 
tapi sesuai nk makan dgn daging fresh cenggitu.
Kita akan feel more on the meat taste. 
Just perasa2 gitu. Tayah kacau rasa daging tu. 
Tapi kat sini,bila kita dip dgn gravy dia, rasa dia lari sikit. 
Skill dia grill the steak tu pun tak mahir lagi.
Quit hangit. And dia marinated meat pun a bit salty.
Mcm lamb i, i asked for medium well, tapi dia punya merah.. mcm medium rare.
Sampai suami i tak kesior nak menelan nya.

 
:: Ni steak suami. Ok baik perangai dia. Medium well dia menurut kata..u did well bebeh.. hehehe. tapi yang lamb tu yg merah dia menyeremkan sikit. Tapi i sental je. kata cannibal!  aummm. hahah ::

:: Ni cemana nak kategori kan ni?? kebuluq kebana ke apa ni??? abis bertempiaran coleslow semua? Ni mmg pesen taleh bawa makan hotel ni... pffttt ::

Apapun....
Environment ok. Luas. Bersih. Sbb baru lagi kan?
Nak compare dgn Ampang Jaya memang jauh lah kan.
Me'nate bangi ni opposite dengan FIZOMawar.
Sederet Dgn Wadihana, Kedai tudung benang hijau etc.
Nanti i cari address dia. 
Me'nate ni ada mcm2 lagi western/italian food.
Kami tak pernah try lagi.
Sbb kalau mai sini, mmg tuju tang freezer dia.
Terus ceces2 ailio terbayang steak je.
Later kalau I try menu2 dia yang lain, i'll update k!

Keesokan harinya, viral plak sorang menteri kabinet tu mai Me'nate bangi.
Siap bawa escort polis bagai, semata2 makan dgn family je pun 
Netizen tak pueh hati la..bakpo mung sampai ber-escort2 atas urusan personal.

Kita sambung terus cerita Hari Sabtu ye.
Dah ter-upload pic. Sekaliannnn je lah.. 

Konon nya weekend ni i nk berehat tepi pantai or mana2 lah.
Nak overnite semalam, mana2 pun takpe.
Sbb last 2-3 weeks weeknd dia sangat memenatkan.
Tak abis penat, sambung penat lain.
Lepastu straight working 5 days. 
So packing baju sikit2, jom kita explore belah2 Selangor sana.
Nak ke arah2 Tg Karang, Sg besar sana.

:: Singgah bfast kat Kedai Cina Muslim tu dlu. Pekena Pan Mee. Mee gemok2 di masak ala2 Hailam. Dap weii. Chinese style kannn.. RM6.90. Suami makan roti bakar dgn telur ayam kampung half boiled. Kemain cari energy nak p animun. Ek eh! :: 
 
:: Kemain happy muka memasing. ko tau lah nasib ko kejap lagi. hahahhah :: 

:: kami singgah area Pantai Remis kejap. Usyar2 line chalet THE CABIN yg jadi viral tu. :: 

:: Comel je swimming pool dia ::

:: Retis sgt pose si gajah ni. hahaha ::

:: Ni antara bilik kat The Cabin. ::

:: Stay in the cabin. Ada aircond. Dunwori ::

:: Mostly bilik kabin dia tinggi2 dia cenggini. Memang kena naik tangga. Tapi ada juga cabin atas tanah. ::
 
:: View dalam kawasan The Cabin ::

:: Cafe dia.Cumelll je.. ::

:: Ni betul2 nampak mcm cabin. I tak dan nak intai interior dia. Leh usyar kat website dia lah kot kan??::

Belakang kawasan hotel ada pokok2 sikit.
Then baru jumpa pantai. Not bad lah juga.
Kami tak plan pun nak stay sini.
Sbb kepala duk fikir nak pi Chalet terapung Sg Haji Dorani, Sg Besar sana.
So tadek lah tanya price bagai.
Kami usyar2 line je.

:: Posing jap kat pantai Remis yang tengah mengalami air surut ni haa..::

  
:: Kemain panas berdentung2. Mata taleh nak buka.. :: 

:: Kat Pantai remis ni meriah seafood and ikan. Quit murah and of course fresh2! Tapi kami mmg tadek mood nak beli ikan pun. Serik dah beli geragau aritu, abis jahanam membusuk boot kete sampai berbulan2 tak ilang bau! Rasa nak cabut boot tinggal kat umah. Bawa kete tayah ada bonet..boleh? huhu. Sbb aritu tak bawa icebox etc. So say NO to ikan2 segala. Unless ada proper container. ::

:: kerang dia nmpk fresh. RM6/kilo. Kat KL kerang RM10/kg ok! :: 

Kat Pantai remis ni I sempat beli sotong kurita gergasi.
Dia goreng ala2 Uncle Bob. Sedap baqhang.
Besaq RM6 je! Tak snap lak pic. Gelojoh giler makan. huhu.
Pastu teruskan perjalanan ke Sg Besar.
Bapak lah jauh i rasa perjalanan.
Dah la waze bawa kami jalan kemain dia menawwaf dari kjg-puchong-banting-klang bla bla.
I rasa mcm leh sampai Alor Setar pun ye! huarrghh.

Akhirnya about 12pm sampai la Muara Chalet Hj Dorani i di war2kan best giler2!!!
Nak tau apa jadi???
BAPAKK HUDUHHH chalet dia!!
Run-down and bad condition at all!
Kat belakang2 chalet ada byk jala2 buruk bersepah.
Daun, pasir bertebaran.
Bangunan dia usang. 
Memang mcm 'chalet tinggal' .
Water chalet dia pun, kami intai...
kus semangattt... dgn tilam n keadaan perabot dia mcm umah nenek I yg tak berpenghuni tu haa..
Suasana toksah cakap la.
Sendu!! Sunyi sepi.
Ni tempat pelancongan ke Perpustakaan daerah??
So? ko ghase???
Selera lagi nak check-in???
I dgn suami dah la sgt particular bab tilam2 and toilet of course! (Mmg belagak sikit)
Cepat2 kami blah. Sebaik tak booking wth pymnt.
Kalau tak jahanam RM kami!
Maaf sangat cakap, tadek niat nak kekwat diva ke apa.
Tapi ye la, kalau keadaan sekeliling dah horror2 gitu.
Cemana ke rupa percutiannya kan?
tak pelah kalau chalet kecil and tak mewah mana.
Atleast ada la suasana budak2 berlari,jerit2,ketawa2.
Or nampak org bercanda ria...
Lepak2 happy2.
Ni tadek ok! yillekkk.
Sunyiiiii sesunyiiinyaaa...
Tapi baca review mcm kan menareq.
Dalam pix macam cantek gila tempat dia.
I kurang study kot about this area.
Mebi ada chalet yg OK.
tapi i tak tau nak cari. Rugi la juga kan....
Tapi bila i search je Hj Dorani, yg keluar chalet d muara ni haa..
Dah la sama d muara dgn bayu tu.
Ingatkan chalet lain2. Susah la area2 mcmni kan??
Pusing2 situ juga rupanya dia.

  
:: Otw balik,tgk byk giler orang jual Mangga tepi2 jalan.. ::

 
:: Minta suami belikan juice mangga kasi sejuk sket hati yg perhangat ni..huhuh ::

:: And layan jagung yg tak ber-shave ni haa..kemain bulu2 liar dia berkeliaran... 
eeeyeeww.sebaik sedap. :: 
 
Dah frust2 tak tau la nak kemana arah tuju lagi,kan??
Sg besar kot?? apa yg ko expect lagi???
So kami gerak la balik pelan2.
Tiba2 nampak tempat tgk firefly kat Kg Kuantan.
Eh ok juga ni.
Cari2 hotel dekat2 situ yg ok was De Palma Hotel.
Tu pun fully booked jah!
De palma dia tak mcm De palma cawangan2 lain ok.
Sangat tak hensem! Solok kedohom jauhnya dari Bukit Melawati tu.
Nak cari chalet2 lain? takpela, tima kaseh je lah.
Terkatup btol nafsu I nak overnight belah2 situ.
Laju2 ajak laki balik.
Sia2 cenggitu je perjalanan. Time tu la baru tingat The Cabin tadi.
Call The Cabin, sah2 la dah penuh kan???

Bincang2 macam nak cabut pi belah2 selatan.
PD ke melaka ke.
Call smua hotel pun full!
Even Avillion, All the Lexis2 chain semua pun full!
So pulang ke pangkal jalan je lah kami....
Dgn cuaca panas menggiler.
kami duk dalam kete dari 8.30am sampai 4pm!!
Sebaik tak kena stroke haba! huaaaa....
Suami pun pujuk2 kita gi next week je la.
Book betul2. 

Oni n Abam pun sibuk main voice msg dgn I.
Depa bgtau mama doang kena p kursus 8 hari.
So doang tanya mana ciknyah(I la tu)? mana panyah?(suami I).
Diorang pesan balik suh belikan Choki2.
Alaaaa cair nak!! lagi la membuak2 i tadek mood nak berjalan.
Terus ajak suami balik umah mak;Ampang.
Singgah solat kat RnR jejantas Sg Buloh.
And cembiasa, kalau singgah sini, tak sah tak pekena A&W.
Bkn senang nk dpt A&W sekarang.. 

:: Suami order ayam goreng. Kannn ayam goreng dia sepatutnya sedap lazat giler kan?? tapi apa yg kami dapat?? ayam goreng keras and hangus hangit pahit. Ya Allah frustnya! Sebaik ada corney dog I. dapat la i share2 ngn asben... Prestasi merudum, patutlah byk cawangan bungkus.. pfftt. Kekecewaan berganda!! ::

Sekian sajalah cerita cuti2 kami yang sangat mengembirakan, bukann ???
#TDDMKA


No comments :