Wednesday, March 30, 2016

KITA NYEMBANG SEKEJAP JOM?

No comments :

Hari ni 30 Mac 2016...
Genap setahun saya masuk keje semula.
Lepas MC panjang selama 6 bulan...
(I mc start 22 September 2014).
Ikutkan I boleh je sambung MC 2 tahun terus.
With full pay(gaji penuh).
Thats government policies(general order).
Tapi dengan izin Allah, I dah kembali sembuh..
Walau tak sepenuhnya. Walau ada letih2 nya.
Walau dah tak sesihat orang lain.
So i kuatkan semangat tuk pergi kerja juga. 

As a record...
I last  chemo 12 Mac 2015.
Chemo terakhirnya ni sangat menguji!
Sbb i sakit sampai 2 mggu straight!
I muntah teruk. Demam. Lembik selembiknya.
Before nya, I bincang dgn suami.
I nak start keje April 2015.
30 Mac tu Isnin, so elok lah i mula on monday.
Husband mula2 ragu2 jg, i betul2 OK ke tak.
Bila i yakinkan dia, so dia setuju.
Tapi bila last chemo tu mmg i rasa jahanam sgt..
I syak, i mmg tak dapat lah nak masuk keje April 2015.
I plan mebi nak MC lagi sebulan for fully recover.

Tapi perancangan Allah, dan dengan kasih sayang Allah..
Dia beri izin i kembali sembuh...
I masuk balik keje 30 Mac 2015,Isnin.
Tuk 2 minggu pertama, i stay rumah mak lagi.
Pergi kerja dari rumah mak;Ampang.
I drive sendiri.
My husband drive his own.
Tak sangka pulak i larat drive sendiri (Syabbasss bettihh!!).
Time tu semua orang hantar and tunggu I kat pintu.
Say good luck, pesan macam2.
Rasa sangat melegakan dapat full support mcmtu.
Suami pun follow kereta I dari belakang.
Sampai KL we split. 
I parking kat basement HKL tingkat 1!
Padahal staff kena park kat tkt 4 to 6.
Arrghh i gasakkan. Sbb i takut lif rosak etc.
Cemana i nak turun tangga? Gelongsor??
Lepas park, pelan2 jalan.
Tak la jauh mana to my office from parking.
Tapi ada juga la walking distance nya...
Sampai office mencungap2.
Tapi bila kawan2 office, boss2, staff2 semua gave warm welcome to me...
rasa release and sangat mengujakan!
Rasa lebih bersemangat.
Back to my workstation... the chair,table,my pc and everything still in order.
Macam tak caya je akan kembali duduk kat meja tu..
Kembali mencari rezeki mcm orang lain...

:: Hari pertama I masuk keje. Suami bekalkan blazzer. Sbb time ni i tak tahan sejuk. Lepastu muka pelik lagi. Sembab ubat. Kening pun tak berapa nak ada. badan susut sikit.Cuma muka je kemain tembam... ::

Alhamdulillah supported sgt baik dari kawan2 office.
Awal2 kerja,  I kirim makanan from them.
Time tu nak jalan pun tak kuat sangat.
Kalau paksa jalan juga, mmg kaki cepat lembik.
So terpaksa tapau and nyusahkan kawan2.
Big thanks to kwn.. Specially Nana, mek.
Ain J? lagi laaahhh..rajin btol tanya  I nak makan apa...
Tgk...??sapa yg support I bab makan2..
I akan sanjung2 dia... puji2 melambung2.
hahhahahaa. Eh ...makan,kot??? :p

:: Keadaan workstation I..on my 1st day work after longgg MC's... a bit messy dgn surat panggilan mesyuarat, tapi i absent.. pitty!


My work task,  kekal buat kerja lama.
I as LPO approver and Leader of eP unit.
Buat report LPO. Tak byk pergerakan diperlukan.
Tapi kerja2 xtra mcm kena joint geng2 buat stock checking etc.
I dpt exemption lah. Sbb kena jalan jauh..
Stor2 dlm HKL ni kan melambak2.
I keje as an EO kat Stor Jab Farmasi HKL.
Kang ada plak igt i keje store keeper.
Eh tadek hal kalau ye pun orang fikir gitu.
Bkn hina pun store keeper tu...
Cuma tanak salah faham. that's it.
I masuk keje 7.30am.. WP1 pnya waktu anjal.
Balik 4.30pm.
Mula2 tu sampai je umah,mesti pengsannn.
Kepenatan giler!
Yelahhh 6 bln tak keje plus badan masih tak kuat betul kan?
So balik2 je mesti i terus tidur dgn baju2 kerja tu.
Dekat nak maghrib baru mak kejutkan solat asar.
mandi and maghrib.
Lepas isya borak sikit2 dgn suami, i tidur awal.
Camtulah rutin 2 mggu stay rumah mak.

Minggu ketiga, kami plan nak balik umah sendiri.
So abis keje, i transit rumah mak.
Kol 6 lebih i mandi and fetch suami kat LRT Sg besi, balik Kajang.
Ok juga laa.. sampai 1 tahap..i cabar myself to direct drive back to kajang.
Kena drive jauh plus minus sejam lebih juga!
Sampai umah, i mandi.. and  i masak ok!
I rasa guilty sangat kat suami sbb asyik kena makan kedai.
Dan healthy i pun tak baik sgt pun, tuk makanan luar.
Masak je laaa..lintang pukang masak.
Ni kang lps maghrib kena keluar plak jemput suami kat komuter UKM.
Gitulahh rutin I.
In between, kalau i tak sihat..admitted ke..
mmg i gantung kuali.
Makan luar lah juga..terpaksa lah kan...

Alhamdulillah sampai sekarang baik2 je.
Demam sikit2. Sekali dua masuk ward tu mmg biasa dah bagi I.

I bergesa nak kerja juga, sebab while MC i rasa sgt down.
"kenapa aku kat rumah? org lain kerja??"
Sbb kita asal nya mmg orang yg bekerja.
Kita rasa awkward bila duduk rumah lama2 mcm tu.
Nak menghitung detik ke detik, Ya Allah sangat melemaskan!.
Tunggu suami balik, tunggu weeknd sebab dpt spend time dgn suami lama.
Duduk terperuk dalam rumah. Nak duduk kat hall pun letih je.
Duduk membeku dalam aircond, sat sejuk.sat panas.
Dah lama tak sarung baju kurung.
Dah lama tak drive.
Dah lama tak bergaya. Tudung. Handbag.
Masa MC, kemain on9 shopping tak ingat.
Saja terapi jiwa kononnya.
Beli tudung mcm2. Baju.Handbag.
Tapi tak berpakai.
Time tu i cuma fikir, i nak jadi mcm orang lain.
Nak be back to normal life.
I rindu sangat mcm2 perkara.

Again, Alhamdulillah wa syukurillah ya Allah.
Dengan izin dan kehendakMu.
Aku masih dapat menumpang di bumiMu ini.

Begitulah coretan kenangan setahun berlalu..... 

Cerita semalam.

Saja nak share pic makan smlm.
Nothing interesting pun.
Makan kat MZ Kg Dato Abu Bakar Baginda.
Ni antara fav.restaurant sbb service dia cepat.

:: bandung soda & ribena longan ::

:: Sutun tepung dia sedap,crispy ::

:: Kerang rebus ada bawang2 sikit.berperisa ::

Suami order kembung pedas + tomyam putih.
Dia makan nasi, i ratah lauk.
Sbb i kan poyo tgh practise2 nak puasa esok2. Hahaha.
Lepas sakit ni, kurang daya tahan godaan makan.
Salah ubat ..i syak! hahahhaha. tak abis2 salahkan benda lain.
padehal, nafsu merogan...

Balik makan, kejar maghrib terus Isya'.
I migrain teruk tiba2.
mata berair2. Pekena jajan panadol 2 biji. 
Lepastu i baring kat sofa...suami i kata, tak sampai 5 menet...
I dah sampai Yugoslavia. 
kemain lagi  i pnya dengkur...
Dia tgk bola pun, kuat lagi dengkur I dari pengulas bola tu.
kemain dia menjahanamkan air muka I! 
U jgn nak buat2 cerita, bang!
i tak caya,selagi tadek bukti!
hahahah.
I kalau penat giler + demam ke apa..
Memang tidur keluar mcm2 bunyi.
Mendengus2 lah...
Sebut je nak bunyi apa..semua i pukul rata..
tinggal tak bunyi Oink oink je lagi.
HAHHAHAHA. 
But dunwori, i bkn 'pendengkur tegar'.
Sesekali je...bila too tired or tak sehat. 
Don't get me wrong bebeh!

Quit long dah i menaip.
Talk later ye.

Assalamualaikum.



No comments :