Wednesday, March 09, 2016

HAJRA & FIZOMAWAR

4 comments :

Petang semalam balik keje,singgah umah mak.
rindu plak kat mak, tiba2.
Ni si Ain J pnya fasal lah ni..
bila dia cete pasal mak dia letih jaga cucu etc.
Terus tingat kat mak.
Plusss rindu kat budak 2 orang tu la.
Singgah speedmart beli 'coklat telur' diorang.
Alaa kinder joy tu la.
Tinggal yg tuk gegurl je.
Kinder Joy kan ada for girl or boy kan?
Sian abam dpt loket gambar pwincess.
Bertabah je lah ye abam ye.
Kol 6.30pm  lps mandi, gerak nak balik,jmput suami.
wahh berbakul2 ni si kak nam tu pesan kat I...
"Nanti ciknyah dtg balik taw.
Nanti ciknyah tidur umah atuk taw.
Nanti ciknyah bawa adik beli celat telur taw".
Bahekkk mak incik!!!

I awal2 dah bgtau suami, nak p Bangi beli tudung.
Byk kenduri kannn..syik pakai tudung keje je.
Naik lunyai dah tudung. Jemu pun ye juga.
I ajak p Hajra je.
I sesuai kat situ.
Alaa.. Hajra bkn standard mana pun.
Bkn Ariani, Fareeda..Bawal eksklusif etc.
Hajra ni sesuai kat I sbb dia besar and bykkk gileerr choice.
so i can ask the assistant,jenis cemana i nak.
Semua ada. Cth, i nak syria ke, nak half-moon labuh ke...
Nanti diorang akan suggest.
Dah la kaler dia ada macam2! Senang pilih.
Price pun sangat reasonable!!
Ke mmg tahap murah???
Smlm i beli instant shawl Wawa Zainal nama nya.
Kain dia bagus tak lembik.
tak melekap melepet kat muka.
Sale 3 helai RM100 je. Ha sama dah mcm harga pasar malam kan??
Bagus betul sales girl yg serve i smlm pnya marketing.
perabih jahanam duit laki aku.
hahahha. dah nak bayar ni, dia tarik lagi suh tgk tudung exclusive.
Eh i opkos lah suka. I angkat2 kening.
Laki I, semua dia ON je....
"sakitnyaa tuh disini lah" kau bang!.hahahha
ARIGATOU GOZAIMAS EN ASBEN!!
WE LOVE U VERY MUAHSS. HAHAHA.


:: I dpt rembat 5 helai. Yeay. kita tgk apa pengakhiran dia ye.I kan mmg berperangai sikit. Beli, pakai sekali..sangkut. Berkepam dia duk situ. Ada yg beli tak pakai2 pun ada. Ni dah kira tahap berdosa sbb membazir ke cemana ni?? sob2 ::

Selesai suami I menjalankan tggjawab(beli tudung kan nafkah? hahaha).
 jom cari makan.
Try restoren retis si Fizo Omar.
Fizomawar, seksyen 8 bangi.
Dulu penah baca bad review pasal kedai ni.
Takpe, kita try and look how. k.

Kedai dia sederhana2.
Bersih and kemas.
Ada 2 section, open air & aircond.
Kami duduk kat tpt aircond.
Menu dia sangat simple!!!
semua Thai food basis.
Tajuk makanan pun thai2 belaka.
Tergulung2 lidah nak nyebut.

: Pix from en.google. FizoMawar Restaurant ::

:: I order ni. Sup clear. Beef and meatball. Mee dia i choose kueytiaw halus2 licin2 tu. Nama dia padia tah.. haha. harga reasonable kan?? rasa? ok! rasa sup thai la. Tak sama mcm sup biasa. Pakai thai spicies i rasa. I bagi 3 1/2 star! 4 pun ok laaa..kasi chance sbb abam fizo emsem :p :: 

::rupa paras sebenar beliau ::
  
:: Suami i makan nasi kukus ayam bijan. RM9.90 sahaja. Pun sedap lulus. Nasi dia bgkus dalam kertas pastu dia masukkan dlm bekas mengkuang cenggini. Menareq::

:: Pehal nak kabur2 tah pix ni?? why??? ni nasi suami i.. sedapp! i suka. 4 HA HA HA HA bunga kasi!! ::
 
:: Air dia packaging tak hagak2!! mcm softlan refill pun ada. huhuh. nama dia detergent drink. Isi dia teh o ais je pun. Ais dia separuh dari plastik ok. Cucuk straw kat tepi tu... and slurp2.. RM3.90. Inovasi cenggini i suka.. kretip!! ni husband pnya. I? ais kosong la beb! hahaha. kemain. kita tgk sampai bila bertahan... :p  ::

:: ehh tak sampai bapa menet bertahannya... tak tahan godaan jah!! terus slurp2 suami pnya. teh o ais biasa je rasa dia. nothing special. Packaging je lahhh lain dari yg lain :: 

:: Diakhiri dgn pic curi2 tuan khemah, Pijo omaq! ::

:: I lagi teruja nak bergambar dgn mawar dari dia ni. Sbb i insipired sgt dgn kejayaan si mawar tu... ::

Overall about FIZOMAWAR restaurant..
i tau byk yg dah viral pasal kedai ni.
Mostly yg bad review lah.
Bagi I, biasalah kedai2 baru nak up kan.
Diorang kena try and error dulu. 
Then dpt customer feedback, boleh baiki kan?
Byk je kedai lain yg lagi huduh/buruk service or food.
Tapi sbb diorang celebrity, mmg kna highlight. 
Mmg banyak diorang kna improve.
Specially pasal food variety.
Kna tambah mcm2 lah, at least customer ada choice. 

:: Lagi satu buku menu dia kena improve juga la. Cuba tgk nama menu dia? Igt org faham ke kan?? kot nak jadi rare sgt, ada la simple description about the menu kan? mcm cha yen(green tea). ha gitu kenn??::

Masa i pergi, service was damnly fast!
Sekejap sgt dah dapat smua food and drinks.
Maybe sebab tak ramai orang.
Tak tau la kalau i p time lunch dia jd jahanam ke cemana kan?
Lagi satu I tak pandai  lah review details2.
Pasal lantai sopak ke, meja goyang ke kerusi tak empuk ke.
I suka tgk overall kedai halalan thoiyyiban.
Bersih,service laju, makan sedap, price OK.
Then cukup dah.
Nak cozy2 i makan hotel je kan???
So Nora bagi 3 1/2 bintang!!


Fizomawar Kitchen
No 9, Jalan 8/1 ,
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
Selangor.

4 comments :

cikel said...

salam nur aishah.. saya ada penyakit radang usus.. crohns disease nama medical..dah hampir 12 tahun saya menghidap penyakit ni..jika tidak dijjaga boleh menjadi cancer..bebaru ni doktor suggest untuk buang bahagian usus yang berbengkak tu..tapi kalo buang saya kena pakai beg stoma seumur hidup..
saya pun tak boleh dengar kalo org sakit ni..lebih2 cancer..sbb arwah mak saya meninggal disbbkan cancer..
nur aishah sakit apa? harap..kita boleh berkongsi..
take care n get well soon

Nur Aishah said...

salam back to cikel. subhanallah....
walau saya tak biasa dgr sakit mcmtu, tapi tetaplah bergetar hati.
turut terasa2 yg sama..
Cikel, saya cancer rahim..already spread up to liver.
at stage 4 already. 6mths chemo, alhamdulillah allah beri kesempatan tuk terus hidup. namun tetap ada kesan sampingan. such as now antibodi dah sgt low. Senang sakit. Skjp2 demam. badan tak kuat mana. kaki pun dah tak kuat.
Solat pun duduk. Alfatihah buat ibunda cikel. saya tak sempat lagi nak baca entry2 cikel. baru baca sikit. tapi yg cikel panggil 'mama' tu? Almarhum ibu cikel cancer apa? be tuff ye sis. sama2 kita harung ujian Allah dgn penuh keredhaan. Kerna Allah dah atur baik utk kita. Mungkin tiada rezki kita kat dunia nak kecap nikmat sihat mcm orang lain, moga Allah beri ganjaran lain di akhirat nnti. Ameen. keep in touch ye.

cikel said...

Salam nur aishah..
Arwah mak sy meningal ketika sy berumur 2 tahun..sakit breast cancer..pada dec 1997 ayah remarried..dia la sy pggil mama..nur aishah ada makan ubat sampingan selain ubat doktor? Sy makan buah durian belanda..selain itu, sy buat rawatan CERAGEM..bagus rawatan ni..harap nur aishah dpt cari pusat rawatan CERAGEM disekitar kwasan umah nur aishah..rawatan ni berjaya merawat pesakit cancer stage 4..tanpa perlu buat operation..semoga doa nur aishsh dimakbulkan Allah. Ameen..keep in touch always..

Nur Aishah said...

salam kembali cik el...
adik el ni..hehehe.. sbb akk dah baca entry2 el.
dah verified el muda bykk dari akk :).
so akk dah faham sapa mama...
btw cik el...akk lps chemo cuma ambil supplement sunnah, mcm habbatuss sauda, extra virgin olive oil, apricot seed B17 and amalkan air zam2, serta amalan surah2 harian. Ada juga makan daun belalai gajah dan sesekali durian belanda. Alhamdulillah setakat ni baik2 saja. cuma kadang2 jadi demam and letih2,fatigue. Akk takde operate buang any organ...alhamdulillah. Agak terpencil kes mcm akk, boleh pulih balik and dah setahun akk start kerja balik mcmbiasa. syukur sangat2. cuma in between tetap lah ada side effect sikit2 mcm letih, kdg2 muntah pun ada. 2-3 kali jg admitted. gitu2 la. akk ada nmpk jg CERAGEM kat area umah akk,Ampang.boleh ajak suami cuba. El plak rawatan bulanan? ada apa2 side effect? El masih stdy di Uitm? akk study sana jg dulu..take care ye el..