Saturday, December 26, 2015

IP MAN 3

1 comment :


Sinopsis

Film biografi action Asia berjudul “Ip Man 3” ini merupakan film yang bercerita tentang kelanjutan kisah dari seorang grandmaster bela diri Wing Chun, Yip Man ( Donnie Yen ). Yip Man yang mengajar seni bela diri kepada murid-muridnya di Tiongkok dan di film ini akan dimunculkan salah satu murid terbaiknya yang menjadi legenda juga, Bruce Lee. Suatu ketika sang guru Yip Man dipaksa untuk bertarung dengan seorang petarung jalanan sekaligus seorang investor properti ( Mike Tyson ).

__________________________________________

Sebenarnya I start suka cete Ip Man lepas i balik Foshan,China.
Hahaha. Nampak tak betapa i pilih kasih? huhu.
Before2 ni, i igt Ip Man ni cete ala2 mcm Gangster2 cina, Drift2 ke.
Rerupanya dia ni sifu si Bruce Lee etc.
Ip Man ni berasal dari Foshan.
Satu daerah under GuangDong Province.
Kiranya Foshan ni mcm Shah alam, Guangdong tu Selangor.
GuangZhou cth mcm Ampang.
So Ampang-Shah Alam dlm sejam perjalanan gitu.
Sbb tu masa i pi Foshan, i selamber je leh pi GuangZhou. 
So masa kat Foshan, kan ada 1 hari i merayap sensoang p town.
Sebab husband i keje.
Kat situ kan depa haram jadah nak reti cakap omputih.
Masa tu i minta taxi driver hantar i kat Zomiao(town byk mall).
Sekali dia hantar i depan Muzium IpMan ni haa.
Dia igt tourist je mesti nak p sini.
Lagipun ni jelah pun yg menarik nya yg ada kat foshan.
Jenuh weii i ter-PUYAU2 kat dia sambil buat tgn NO NO NO. 
Haram dia nak paham.
Siap paksa2 i suh masuk ikut pintu depan.
ko pehal?i tanak p muzium lah weii!! 
I plak time tu tak kenal kejadah sapa IpMan ni kan?
so i pandang sepi jelah akan beliau ini.
Skrang bila dah minat, dah explore n study pasal apek ni.
Giler merogan lah menyesal tak pi muzium dia dulu!
huaaaaa...takkan nak p Foshan lagi kot kan??


:: Ni lah atuk Ip Man tu..pesal lain sgt dgn hero dia Donnie Yen tu ha?? i ni dah ter-feeling2 dah dgn si donnie tu sbb bapak lahh cool dia berlakon! huaa :: 


So haritu masa TV3 play movie IP Man & IP Man 2..
apalagi tergedik2 lah i recorded and watch these movie.
Sampai tangkap cintun dgn Donnie Yen tu.


:: Ayooo giler cool kaw lengchai ni. Tua2 sikit, mata ada garis2 halus.. Comot2 sikit. Ha kan taste i mmg yg matang2 gitu. kan bang kan?? :p ::

Sabtu aritu zasss i heret laki i p cinema.
Layan kat TGV Aeon Balakong.
Mula2 i book online,sekali tah salah tekan apa tah.
Twin seat sampai RM56. I dah merempan2 mengamok.
Kejadah mahal bebenauu???
Dah bang, balik bang! sambil cekak pinggang.
Kahkahkah.giler horror bayang bini cenggitu. 
Bila walk-in, rupanya twin seat RM28 je for two.
jari gemok sgt, tertekan seat sampai 2! puii.

Before masuk wayang, cembiasa popcorn and ayor it is must.
Walau dah kenyam terbuntat, apalah erti wayang tanpa popcorn.
I up dgn toufu cheese dia. Sedap baqhang!
Pastu siap beli set Star Wars.
Padahal nyampah giler ngan star wars.
Tah pekejadah  yg bestnya.
Cakrawala angkasa gaban bagai.
Bagi free ticket, i nak. 
tapi i nak makan popcorn and tidur je dlm wayang tu.
hahahaha.

:: Nyum nyum ::

:: Pentamak ::

:: Ni lah makhluk star wars tu. I pun bkn kenal ::

:: dah buka pestik giler huduh budak ni. sapa dia ni weyh?? dia watak baik ke jahat ke watak serpihan je ke cemana?? i just suka collect key-chain je. ::

Kesimpulan cete Ip Man 3 mcmbiasa.
Ohsem! Langsung tak mengecewakan!
dan ..dan.. sedey weyy ending dia.
Isteri Ip Man kena cancer rahim.
Pastu Ip Man ala2 menyesal tak beri perhatian sgt kat wife dia.
Dia lengah berkungfu je kennn?
then ip man spend whole time dgn wife dia.
Walau dia ada pertarungan besar.
Dia sentiasa ada dgn isteri dia.
Sampai his wife meninggal.
Cancer? meninggal?
Huaaaaaaaaa...


:: dah kembang2 idung menangis, eh reti lapar?? hahaha. dah sampai Aeon Balakong ni harus lah meng-Pan Mee spicy sepam kan?? ::

:: Laki i order Hor Fun Mee. Melawan, i kata makan je Pan Mee. kan dah tak abis, sbb legam sgt rupanya. rasanya sedang2 je. ::




1 comment :

Zie Azi said...

oh ip man!! in tunggu hacker i download..hahhaa..jom layan dilwale dulu