Friday, October 23, 2015

NAFKAH IBU/BAPA MENJADI WAJIB KE ATAS ANAK?

No comments :


Soalan; 
Assalamu alaikum Ustaz. Saya nak tanya hukum beri nafkah kpd ibu-ayah tu wajib kan sbg anak laki..nafkah tu mesti dlm bentuk keperluan asas ke? (duit/pakaian lain2)..atau bole dlm bentuk lain? Sya tahu ayah-ibu sya takde masalah dgn duit..duit dorang pun lagi byk drpd sya..dan anak2 lain pun ada bg sumbangan sikit pd ayah-ibu. Jadi selama ni sya bagi dlm bentuk lain..sya belikan ayahibu sebuah kereta yg selesa utk kegunaan mereka..bulan2 sya yg bayar duit kereta ke bank..Soalan sya, adakah sya telah dikira menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kpd ayahibu sya?..atau sya tetap juga kena bg cash walaupun sedikit?..
Mohon pencerahan drpd Ustaz ya. Terima kasih byk2.
Jawapan; 
Bismillah. Nafkah kepada ibu/bapa menjadi wajib ke atas anak jika ada dua syarat;
1. Ibu/bapa miskin (memerlukan saraan)
2. Anak mampu/berada.

Jika ibu/bapa kaya (berada, tidak memerlukan saraan dari orang lain), tidaklah wajib anak menafkahi mereka. Begitu juga, jika anak miskin tidaklah dia diwajibkan menafkahi mereka kerana seseorang tidak dibebani oleh Syarak dengan sesuatu di luar kemampuannya.

Sekalipun tidak wajib dinafkahi kerana mereka kaya (berada), namun jika anak ingin menafkahi/menyarai mereka atas dasar sukarela kerana ingin berbakti kepada mereka, itu adalah langkah yang baik dan digalakkan oleh Syarak kerana ia termasuk dalam pengertian Birru walidain (berbuat baik dan berbakti kepada dua ibu-bapa) yang disuruh oleh al-Quran dan hadis.

Bagi ibu/bapa yang wajib dinafkahi, ukuran nafkah ialah al-kifayah (yakni kadar yang menciukupi keperluan mereka). Ia merangkumi makanan asasi, lauk, pakaian, tempat tinggal, rawatan/ubatan dan sebagainya yang diperlukan. 
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. al-Fiqh as-Syafiie al-Muyassar, Syeikh Sayyid bin 'Abdillah at-Tidi, 211-212.
2. Hasyiyah al-Baijuri, 2/191.

No comments :