Monday, June 13, 2016

IFTAR ON 1st WEEKEND PUASA

2 comments :

Assalamualaikum.

Straight to the point..
Sabtu aritu berbuka puasa rumah MIL.
Rumah my MIL sepelaung je dari rumah mak.
Ampang jua adanyaaa...
Jenuh la dok cari, dok bercinta dgn orang jauh beratus2 KM jauhnyaaa..
Ujung2 berjodoh dgn orang sama Zon.
Besar sgguh rahsia Allah ye dok??

Adik beradik suami ada 5.
Suami anak sulung.. so i setiba2 menjadi MAKLONG kawasan..ok!
Lo jgn macam2 sama guer!
tua baik dari I pun..tetaplah i maklong hokey! kasi tabik sikit. bahahah
Petang tu semua ada..
Anak2 buah suami ada 14 orang.
So mmg memenuhi segenap ruang lah.. sebaik hall rumah MIL lapang luas.
Tadek la bersempit himpit.. 

:: Sempat i curik snap. I kan pemalu sket(tak malu..byk!huhu) bila kat umah MIL. kalau kat umah mak haku?? bawah meja i boleh masuk nak shoot..tadek hal.. huhu. ni lah hall.. kat sini bentang sejadah..leh buat 3 shaf solat..::

:: Food spread mmg melampau byk..sampai menggelupur I dgn suami tak tau nak makan mana satu... I is tak suka byk2 mcmni..jadi tak sedapp kalau campur byk2 lauk.. tapi kalau dah semua terhampar dpn mata, mau nk tgk je?? ilang akal ?? tu yg dilema.. bila ceduk tu sikit..ni sikit..sedar2 dah membumbung. i kenot lah kelihatan kebulurrr depan mata family mertua kannn.. imej jaga skit pliss. hahahha ::

::  ada asam podeh ikan tenggiri, gulai ikan talang, sotong kunyit, kerabu mangga, kentang + tempe, kambing, ayam panggang, sup sayur + pucuk + cendawan.. kuih2 murtabak bagai.. ko cete celah mana i nk sumbatt?? kalau kat umah mak I ni mau kena sergah dgn ayah I.... dia bkn boleh tgk food spread melambak2 cenggini. pembaziran katanya! huhu.. Apapun... Alhamdulillah. Orang dah bagi makan..kita sental je lah kan... Makan2 ni semer tempah..mmg TAK lah my MIL nak masak.. Depa bayar tong2. huhu ::

Dah kenyam makan terbuntat2.. solat Maghrib jemaah.
Lps maghrib diorang open durian plak...
Then tarawikh berjemaah.
Lps tarawikh semua berdedai2 balik. Masing2 ada hal.
Suami i pun kocoh2 ajak p SR. Seboleh2 dia nak beli kek bawa p umah mak I.

:: beli kek dh malam2 kan?? dah tak byk kek yg tinggal.. mendapatlah kita gabung2 kan kek..hahaha..eh tapi family i mmg suka cenggini.. beli mcm2 jenis.. boleh rasa mcm2.. harga pun tak byk beza.. mmg mahal sket dari beli whole cake, sbb dia kira by slices. Yg mcm ni jadi RM132.50. kalau whole cake RM130 je.Still lah murah dari baskin robbins bagai.tahun ni tadek mood nak makan eskrim kek...Btw..kedua belas2 slices ni cheese cake::  

Ni betul2 penutup cerita bufday I ok. hahahaha.. No more2. 
Malam mggu tu tidur umah mak.
Sahur umah mak..sahur ramai2. 
dah bertambah sorang ahli mesyuarat tingkap..my BIL yang comel tu lerr.. #tddmka.

Pagi Ahad tu...  dalam kol 10.30am kami lari p Pertama Complex ,misi cari seluar jeans ayah.
Dapat  3 helai kat dia... puas hati.. dia request corduroy kali ni.
Belikan 2 corduroy  kat dia.. sehelai hitam, sehelai light brown. 
Up sehelai jeans biru biasa tuk dia pakai basahan.

::  Jgn terpedaya beli tuk ayah je ye. I pun nak upah jg sehelai. hahahhaa. Budak tu seboleh2 nak rekomen jeans BV(local brand). i is kenot ok. Jeans i kena beli yg btol2. Sbb nak pakai lama, n tahan lasak. So bila i refused kata taknak BV tuu wahh kemain cebik diaa.. eh biar lah..duit I kan? mcm2 pe'el koang ni kan? hahah.  Koang slalu pakai jeans cutting apa?? I selalu  slim fit. sbb kaki i bhgn bawah kecik (mean tak sebesar rumah laaa.hahaha). size?? berani tanyaaaa laaaa.. lalalalala. Masa kat kedai jeans ni lahh..ada sales rep dia..budak lelaki..kemain mcm gubesau dok explain kat I apa beza slim fit and skinny slim. Siap ketuk2 ruler atas timbunan seluar.... pastu i sound dia. "amboi dik..dh mcm gubesau kau" tergelakk dia. yelaaa, dah kenapa sampai terketuk2 ruler?? pfftt ::

:: Settled PERTAMA, pi Maroz hantar baju melayu suami for tailoring,sekali lagi kat sini, org nak garang2 dgn I. Ketua tailor(wahh siap ada ketua.hahaha) kat situ kata dah tak terima tempahan. Dah la cakap kuat2..1 kawasan AU2 tu haa dengaar! Ikut suami I dia nak blah je. Eh mana boleh?? last year 2 mggu lagi nak raya pun dia terima. So kita ikut pengalaman lah kan? lagipun mana nak campak jahit?? mesti dah tadek org nak terima.. i pun pujuk rayu dia kat situ.. terus dia kata OK. Tapi mulut dia bebel2 mcm mak tiri cinderella. Lantak ko lah bang.. bebel lah kau..janji letopp baju raya suami I ok.. Suami i mmg suka buat kat sini. Jahitan dia kemas.. suami suka modern baju melayu.. tadek pesak kiri kanan.. upah RM165. ::

Settled kat Maroz...singgah balik umah Mak.
Konon nak amek baju raya i dari tailor I pulak.
Punn buat perangaiiii. 
Ketat lah lagi dia buat tang dada i..
bapa kali i nak kata kat dia.. pliss la perlebaq kann lahhh ukuran dada i ni ha..
dada i ni bidang terlebih...sado! fahamm ke idok?? gggrrr..
sebaik dia buat basi lebih.
So silakan lah buka balik... alter molek2. later I amek.
I ni byk kali dah sabar dgn dia ni..aritu baju batik i dia dah jahanamkan!
Igt seposen ke kain batik tu?? makan ratus taww.
Gone mcm tu je..dah terkoyak i p buka dat dia..
arrrghhh malas nak ingat..
Upah bukan murah ye...kurung moden I yg baju raya tu RM180.
Kedaii kecik je..burok je pun.. kemain kau ketuk haku kannn...
Ni last lah kot i hantar kat dia.. 
Kita clash forever!

Dah frusted baju tak siap..singgah umah mak, bagi ayah jeans2 dia.
Sbb ada sehelai tu jeans bawa basahan.
Sian dia sluar lusuh2. Zuhud betul pak I tu.
Kita mana perasan baju seluar dia.
Yg kali ni,sebaik dia pandai buka mulut minta..
kalau tak..mana kan kita nak tau kan.. 
Happy dia dpt 3 helai jeanss..
Reason lain I singgah umah mak tu sbb nak minta cili blend skali.hahhaa.
bapak la malas nak gunting,rebus blender cili bagai.
Pakai ada la sesekali. So bagi mak uwet..mnta tlg mak blend skali je...

:: Ni menu berbuka ptg smlm. Jumaat & Sabtu kita dah berbuka kat rumah mak masing2.. So ahad jom la kita balik ke pangkal jalan.. 1st time p bazaar kat Bangi. Kami mmg suka p bazaar situ..meriahhh..Makan nasi kerabu je kita.. up dgn lauk hati lembu & ayam percik. kuih sikit2..air 2 jenis. hahaha..RM34 cost. ok lah kot kan..semua yg ktwang beli OK. menepati piawaian. ::

:: Ni lauk sahur pagi tadi. Sotong pecah telur kari. Kacang sgt masak dia. koang tumiskan bawang putih sikit.. masuk cili blend.. then tambah 1 sudu teh serbuk kari.. pastu masukkan sotong. per-garam kan dan perasakan... lepastu pecah 2 biji telur.. settled ::

Makan dgn nasi panas and 1 mug ovaltine.
I makan mmg seciput je k.. 
kan i ada perangai tak selera makan apa yg I masak?? 
kalau ong lain masak, mmg laju.....
Mendapat lahh kol 9.20am ni haa dah kruk2 perot..
Pls behave sket my dear tummy... huhuh



2 comments :

Naily's Kitchen said...

Banyaknye lauk kat umah mak mertua tu..haihhhh..mmg rambang mata nak mkn mana satu..kikikiki :D

Nur Aishah said...

haa kann?? jadi gelabah2 ni nak..tu nakkk... kalau saya, mmg tak reti lgsg makan byk2 lauk.. nak feel taste satu2 lauk tu x dapat.. hehehe.