Wednesday, October 21, 2015
TOMYAM PUTIH FOR FIRST TIME
First try ni.
Tawakkal je.
Bahan-Bahan :
1) Ayam, udang, sotong (sukati engkorang nk masuk haiwan apa)
Konsep, udang sotong di air,ayam di darat, dalam piyuk tomyam koang muafakat. gittto.
2) Limau Purut 3 helai
3) Serai 2 batang
4) Cili Padi 5 tangkai
5) Bawang holland 1/2 biji
6) Cendawan tiram
7) Baby corn and tambah la apa2 sayur nak campur
8) Limau nipis hiris sikit2
9) Lengkuas 2 hiris(tapi next time i xnak buh la..mcm ada 'rasa' sikit)
10) Daun ketumbar. Bagi terangkattt sikit.
:: Bahan2 dedaunan pohon kayu::
:: haiwan2 yang terlibat::
OK.
Diam2, i nak ajar cara ni.
Giler susahhh ni!! hahaha
Koang siapkan piyuk, masuk air.
Pastu lambak kan ayam and 3 minit later, campakkan sotong udang piula.
Pastu masuk baby corn.
Pastu Campak bahan2 lain ikut sokati koang nk turutan dia mcmmana.
Nnti dalam perot menggodak together2 juga diorang smua tu.
Tayah la nak susun2 sgt. Diorang pandai jd bff nnt dlm piyuk tu.
And kira sila fikir sendiri la. Takkan la nk masuk daun limau and limau nipis awal2 kan??
masuk la lambat2 sikit supaya pahit dia tak kongajo sgt.
Final, perasa kan dgn garam.
Dan terpalinggg last, daun ketumbar. i suka sgt daun ketumbar ni.
Rasa nak geget or sumbat dlm lobang idung, biar hiduu je slalu.
And...Lenkali i nk campur sikit susu sejat masakan tu sikit.
Bagi dia belawan dgn cili..baru ummpphh. (agaknya lah..huhu)
Siap. Jgn lupa snap pic, pastu belagak upload dlm facebook or blog.
Itu harus hukumnya ye. bukan wajib sunat atau harom nirrajim
Sedap ke tak bukan orang tau kan?
Janji gamba meletop. hahahhaha
Nah bagi i belagak dlu before koang..
:: Tomyam putih 'jerat percintaan' nama diberi. kah kah..xdek kena mengena! biarrr laa.. ak yg masak,kau yg panas.. apahal? hihi::
Suami i request makan dgn bihun.
I celur2 bihun. pastu berlumba2 makan laki bini.
Sambil minum air fruit punch by GoodDay.
Dapp jah air tu. Xda plak pic dia.
Nnti i snap. kemahen sedap bila nenas + orange.
Jumpa di lain siaran,
Sekian, Dapur Keluh Kesah Kak Esah.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment