Tuesday, February 23, 2021
COVID-19 PUNYER HAL ...
Bismillah.
Assalamualaikum.
Hye korang.. tak tau la dpt abis ke tak entry ni.
hahhahahhaah
kaput yakmpun mood nk update.
tapi kerja dah kurang sket ni.
rasa sangap ngantuk2 plak nk tggu new order form.
Ajomm la kita bebel sat..
Laa ni kami tgh bz received Covid19 vaccine.
baru sampai pagi semalam kat HKL.
Polis punya ramai, mcm hapa je.
Kami plak jadi takut nak masuk opis.
our pharmacist tgh kalut la tu.
esk kan dah start nak buat agihan and injection.
sadly, Staff jabatan farmasi tak dapat vaksin for this trip.
Dulukan yg betul2 frontline.
Awal2 dlu mmg seram sejuk jg nak amek vaccine.
tapi bila dah di convince by doc, pharmacist semua rasa teruja plak nak ambil.
dah teruja2, tak dapat pulak. hangin mak!
masa kerja, masa org lain dok WFH, kami tak leh cuti langsung!
kami kena support frontline..katanya
tapi bila bab allowance, bab vaccine, eh kami tak dapat.
tah rasa tak fair plak.
lantokkan lah situ. Kita mai qeja, lillahi taala..
gaji berkat, bagi family makan...
selamattttt..
I nak share something....
last december, i and my WHOLE family positive COVID19!
iye, whole family members..
i dapat dari kawan office yg buat neb kat office.
dia tak tau dia +ve..dia buat neb, dah kami pun ramai yg +ve!
dia dapat dari adik dia yg keje kilang kt cyberjaya.
I plak weekend mmg blk Ampang.
Kebetulan buat bufday aliff and 44th anniversary wedding my dad n mom.
Allahuakbar.
Kronologi :
-Sabtu majlis bufday aliff and doa selamat anniversary mak ayah.
jemput anak2 jiran je..tu pun ada bapa kerat je..
- sabtu petang tu jg, ada rumah terbakar a few meters je dari rumah mak. dah ramai2 berkumpul berlari2 tgk pesta rumah terbakar.. time ni hujan rebas2.
- Ahad i balik kajang, tengahari dah start demam2. suami beli nasi ayam pun ..jadi gaduh dgn i..sbb i dah pesan nak thigh..dia beli dada. i jadi moody cemana tah. gagah dia p beli ayam lain. selalu i boleh je tolak ansur, tapi aritu rasa syahdu cemana ka. rupanyaaaa....nak dpt sakit!
- Ahad malam.. masa finale GV7.. kwn ofice i address her as Z k? Z tu call i bgtau mak dia +ve covid! dia and family akan di swab esknya(isnin).
- I call boss and boss asked sapa2 yg ada gejala dlm unit kami, pergi OSH (premium clinic for HKL staff) and buat check-up.
- Pagi isnin i bertiga dgn kwn office yg ada simptom pergi OSH. sbb kami bertiga dah start demam. doc xnak swab sbb nak make sure Z pnya swab result dlu. so kami dpt mc 2 ari n i terus balik sbb nak tidur je rasa
- otw dah sampai cheras dpt call from OSH, dia suruh dtg balik for swab. ek eh kau? patah balik and swab. sakit oii idung haku! lps swab, terus ilang deria rasa and bau. Suami i dah syak...
- selasa tengahari (15/12/2020) boss i whatsapp bgtau kami TIGA2 +ve! doctor OSH ramai2 turun kt section logistik.. diorang semua panic. lemah sendi lembik lutut. i dok teringat family kt rumah je tu... dulu ms diagnose cancer pun rasa x down mcmni. sbb ni sabit kat org lain sama. allahuakbar...
- kol 3pm dr azian from HKL call.. and bgtau nnt ambulance dtg fetch i to HKL. meanwhile, i kena kuarantin HKL. at the same time, PKD hulu langat dah start call i tnya contact rapat. i dah call hafiz nanges2.. call ayah nanges2.. smua pun down. adik i Emi IK kat JAWI call, mnta SEMUA fmly i pergi swab ikut hospital terdekat. ampang to hospt ampang. suami i hosp kajang. kakak i hosp temerloh. mcm2 kes ada. ada yg tak layan semua. sampai adik i yg IK tu kena masuk campur. alhamdulillah semua dpt swab kecuali hafiz, aliff and auni. sbb quota dah cukup. dorang akan swab esknya kat KK bt 14 Hulu Langat. ciktam , pokde dah start demam2.
- Maghrib selasa tu i dah pakai telekung, baru ambulans sampai depan rumah. betul2 org tgh azan. i ask for solat first...dalam solat nanges, doa semua2. lemah sgt bdn. demam n emosi. suami anta naik ambulans. dalam tu dah ada a few patient. i worse sgt masa tu. rasa nak muntah, rasa nak pitam. Ambulans pergi hosp sg buloh dlu hantar patient lain. then last sekali baru anta i kt HKL. time dah almost 11pm ye! sbb kat HSB tu lambat turun kan soang2 ikut pit stop berbeza.
- i warded bilik tuk 6 orang tapi ada 3 orang je. 3-3 kawan ofice I.
- cerita family kt rumah.... berkecamuk. swab and result plak... soang2 +ve, termasuk suami i, mak ayah n anak2 buah i! last2 tinggal Hafiz soang je -ve (at first je dia -ve, later dia +ve jg). sedih-sesedihnya! mak ayah i..kena angkut naik ambulans, doang muntah teruk sbb ambulans yg bawa doang x on ekon.. and bawa laju. diorg kena berkumpul and tggu bas kat dewan komuniti kajang dari kol 10pm smpi 3am!!!!! i takleh imagine mcmmana mak ayah i tggu dalam gelap. sebaik adik2 bujang i smua pun +ve and ada sekali time tu, diorg dah standby makanan smua. stiap kali igt benda ni, i akan nanges. even sekarang pun! i takleh maafkan diri i sampai mak ayah i kena tempuh semua tu! Allahuakbar.
- Mak, ayah, ciktam, pokde, acik, pokcu, abg ipar, mia semua dikumpul di HSB. tapi tempat yg berbeza. ada kat pusat kusta, ada kt kolej bersekutu kesihatan.. mak ayah kena masuk wad (HSB). sbb on oksigen.
- Mama azizah and anak2 kat pusat kusta, sian mama jaga 3 anak. sian anak2buah I... i doa tak putus2 diorang kuat. Alhamdulillah, mmg anak2buah i kuat2. Umar pun demam sikit je.
- Berbalik kisah i di HKL.. Daripada wad dgn kwn2 ofice, Rabu malam i kena transfer to wad lain. Wad yg lebih ramai nurse and doctor jaga. I bilik seorang. Sabtu tengahari suami i plak admitted and dr azian tempatkan kami sebilik (bilik berdua).
-Bermula episod batuk teruk i.. sampai kena bantuan oksigen. Sebaik ada suami, dia la dok jaga, pimpin i p bilik air, sapu minyak semuaa2.
-Isnin 21/12/2020, finally i kena hantar ke HSB.. sbb HSB mmg hospital khusus covid. Bacaan kuman covid i tinggi and i on oksigen. So naik ambulance lagi skali to HSB. Suami i tggl soang kat HKL.
- 7 hari i kat HSB. 26/12/2020 i dapat discaj. i paksa diri makan ubat. i exercise dalam wad. i nak sihat. i nak balik. masa kat HSB i kena inject dexa and a few ubat lain. adik2 i ada yg x dpt rawatan apa2pun. just ubat batuk n demam if demam.
- Kisah ayah i pulak.. dia makin worse. ya allah gugur jantung kami. kidney dia menjadi2 problem nya. dia kena buat temporary dialisis. dia dah meraung2 nak balik. kami adik beradik down se-down nya. Mak ok sikit. mak kuat semangat. ayah meracau2 dlm whatsapp. tiap2 jam mnta tlg kami keluarkan dia. mak pun buntu. bagus mak I.. mak sangat +ve. dia enjoy food. dia exercise.
-Ciktam and acik 1st discharge. Since semuorg pun dalam wad, dia berdua amek cab from HSB to Ampang. Hafiz masih kuarantin kat rumah(pakai gelang pink, xleh keluar umah). Next day nya baru result 2nd swab hafiz keluar, +ve juga! Allahuakbar. Hafiz pun kena admit kt kolej kesihatan sg buloh.
- Soang2 discaj. Bila kami adik beradik dah discaj, tggal mak ayah berdua kat hospital. sedihh je blk umah mak, tapi tuan rumah takde.. kami gilir2 p hantar makanan elok2 kat mak ayah. Kalau x larat, kami foodpanda or grabfood kat mak ayah. HSB allowed food delivery, mebi sbb dia faham, covid +ve ni deria smua hilang. so biaqpi lah kami nak order outside food pun kot kan? sbb suami i kat HKL NOT ALLOWED makanan basah. dried food je boleh. sian suami i... nyesal plak letak dia kat situ.
- ada pre-sakit. during sakit. and post sakit.
post sakit, badan and batuk2 masih ada. i mc panjang 2weeks.
sampai mak ayah discaj, baru i semangat nak masuk kerja.
Ayah i dari HSB kena trsfr hosp selayang tuk observe kidney dia.
dia discharge dari selayang, kami tggu kat rumah.
nanges2 i peluk dia. kurusss sangat dia. tinggal tulang je.
in between masa lps mak discaj, i sempat bawa mak p avani.
sbb voucher nak expired. kami pergi 4 orang, melepek je dlm bilik hotel.
takde berjalan ke hapa.
So, i nak share.
kalau demam... beli betadine spray. spray kat tekak sekerapnya.
kalau takde betadine, kumur kerap2 dgn listerine or air garam ...
Ambil vitamin! mesti ambil vitamin!
ambil air lemon wthout sugar (jgn ambil time perut kosong).
Jangan panik, and kuat semangat. mohon dijauhkan dari orang tua.
sbb diorang yg dah tersedia ada penyakit... mmg sgt bahaya and sangat high risk.
kwn ayah i sebaya dgn dia.. passed away sbb covid.
dia admitted ngam2 lepas ayah I discaj, then meninggal.
Allahuakbar.
Ada sket la pic yg ada dlm phone i yg i boleh share...
:: Detik2 i nak kena bawa p HSB... time ni worse sangat.. rasa nak minta ubat tidur, sbb batuk sgt teruk. nak tarik napas pun payah ::
:: Ambulance yg bawa mak ayah and adik2 to Dewan Komuniti kajang before transit naik bas plak to HSB .. ::
:: Ayah masa tak sakit teruk. asal nya ayah kena duk pusat kuarantin dgn acik. dah hari ke 4 mcmtu, dia kena masuk hospital sbb batuk n on oksigen. ::
:: Emak tukar 3 tempat, dari kolej bersekutu, ke pusat kusta, last2 masuk hospital.. ::
:: Suami sampai. dapat sebilik dgn I in HKL. Bilik ni dia pnya aircond, ya allahhhh.. mcm nak membunuh!!! gilerrr sejukkk, rasa tersiyat2 kulit..time ni la dpt batukkk terukkkk ::
:: Masa dapat pic ni, i nanges teruk. i xleh bayang anak2buah kena angkut semua mcmni. sian mama kena handle anak2 soang2.... papa diorang -ve time ni. ni acik snap. blok diorang berhadapan. ::
:: Masa atuk sihat lagi kat pusat kusta, petang2 je diorang main lambai2 dr laman masing2... sihat lagi atuk. boleh gelak2... lepas je atuk kena pindah masuk wad betul, baru dia down teruk ::
:: mak pun main lambai2 dgn atuk and the cucusss. Bila virus covid tu dh start buat qeja, tu yg mak ayah jadi semput teruk and on oksigen, kena pindah ke wad betul ::
:: Adik pun baik je kat hospital. Sian dia, muda2 lagi covid dh dapat, influenza A dh dapat.. Allah... sedih ciknyah ::
:: abam and adik. smua pun buah hati, jantung, nyawa cinyah.. ::
:: Happy dia.. tapi sesekali tanya papa.. tanya atuk . tanya nenek.. almost 10days jg depa duk kuarantin kat HSB nun.. ::
:: Adik beradik semua dpt discaj on time. Mak ayah je sangkut lama sikit. So, beberapa malam kami buat solat hajat, baca yaasin tuk mudahkan urusan mak ayah masa diorang dlm wad.. smoga Allah bantu beri kekuatan tuk mak ayah tempuh dugaan. smoga allah mudahkan. Sedih sangat balik umah mak ayah, tapi diorang takde. ::
Lupa nak khabar, ciktam n acik discharge paling awal.
Hire orang dtg rumah mak sanitize satu rumah.
Since rumah mak besar luas.. almost RM500 jg kena.
Since rumah mak besar luas.. almost RM500 jg kena.
Ciktam basuh semua cadar, sejadah, telekung, rendam dgn dettol.
Mmg a few weeks rumah mak and rumah I bau dettol je.
Tapi kami tak kisah sgt, sbb kami xda deria bau pun! hehehhe.
hilang terus.
Lps sebulan, baru i boleh bau and rasa balik.
:: ada 1 pic muka sakit kakak.. ::
:: Family Villa.. rasa peaceful, keluar wad badan lemau...ok la refreshing! ::
:: Finally ayah discaj!!! Alhamdulillahhhhhh. Hafiz and acik p jemput. Umar ikut. Tazabar dia nak jmpe atuk . sket2 atuk..atuk atuk.. ::
:: Kat sini lah segalanyaaa bermula. i spread to my beloved ones.. berkali2 i said sorry. diorang very supportive. sbb i dpt pun kat tempat kerja. bkn i merambu p mana2 pun. ::
:: Anniversary mak ayah yg ke 44 ::
:: Abam 10th bufday... manchester city die hard fan deniii..::
:: dia pow ciknyah hadiah, blh beli 2 botol perfume! sebaik setawon sekali.. kalau tetiap bulan? tggl sependerrrr lah mangkaliii.. ::
:: Ni kwn2 abam n auni. semua kena swab. Alhamdulillah semua -ve! ::
Byk lagi i nak bebel.
Mcm2 story ada during kami admitted.
Mcm2 kes jadi.
tapi i larat takat ni ja nak menaip.
gagah jg la nak letak as kenangan.
Gambar byk kat adik2.
Diorang siap buat video.
Malas plak nak upload. lembab line kat sini.
And i nak bagi semangat kt kawan2 incase ditaqdirkan diduga +ve covid.
Don't panic.
buat satu2 step. terutama bab ctct rapat.
Ada kategori2 yg mana sbnrnya ctct rapat.
Boleh cari kat website MKN and KKM k?
kalau kena admit hospital, or pusat kuarantin,
paling penting.. bawa ubat2 yg sedia kita consume.
kalau diabetic, jgn lupa bawa ubat rutin.
jantung ke, darah tinggi ke.
mmg kena control benda2 tu je dlu.
Sbb covid bkn ada ubat.
I dapat injection dexa tu pun ala2 steroid (tahan sakit) je.
sbb bacaan virus dlm darah i tinggi..
simptom pun depends on orang.
lain org, lain simptoms.
kena more alert k?
Covid ni ada 5 kategori.
I and ayah kategori 4.
mak and cikyom kategori 3B..
adik2 ramai yg kategori 2 and 1.
Kalau ada yg baca ni, nak tanya apa2 kat I...
mari lah PM or email..
cikqueen@hotmail.com
kita sharing2 k?
I doakan covid ni cepat berlalu.
Ni vaccine pun dah sampai...
Smoga Allah ampunkan dosa kita.
Bawa pergi virus ni.
Kita boleh hidup bebas mcmbiasa.
Ameen.
Nanti i nak up cerita pasal reno rumah sikit2.
Pun sbb nak simpan sini jadi kenangan.
Nak up cerita berjalan, dah tak kemana2..
mereput kat rumah.
Till then ok.
Harap i rajin adik rajin lahhh nak hapdet lagi..
hahhaha
Stay safe. Stay health k...
Friday, October 09, 2020
Assalamualaikum.
L A M A..
sangat lama i tak update blog.
Jenguk sikit2, here n there.
Then tutup.
Sorry. I takde sebab khusus pun kenapa tak update.
buzy? mcm sblm2 ni tak penah bizi ye dak?
sakit? Alhamdulillah i ok2 je.. demam sikit2 tu mmg adat.
Takde idea? takde bahan? eh bykk je bahan i nak bebel. cuma pic tak semeriah dulu la.
dah masuk 40 ni mood nak bergambar semua ke laut dalam.
lebih happy update ig story, whatsapp status. after 24hrs, gone.
tak yah nak kelebet2 lagi.
maybe dah takde napsu kot.
Mcm tu agaknya esk2 kita dah menopause, sian laki kita.
tiberrrrrrr. hahahha
tapi i jadi 'ter'update today since.
bila baca ada some bloggers, blog dia x boleh access after a few moment.
Gelabah bewak jg kakak. saiyang jg la entry2 lama.
So let's lah kita update something today.
Covid-19 pun dah masuk gelombang ke berapa tah ni.
Baru i able to buat come back.
So insyaallah nanti i update lain ye.
Saja tinggal jejak..
Ni friday yg i lapang sikit.
Rehat panjang. telinga sumbat pasang mp3 lagu lama2.
Seriyessss haaa bawa i melayang tah kemana2.
Allah, byknyaa perkara yg i rindu...
talk later k??
u guys take care. keep health and safe k?
Friday, January 10, 2020
JB TO SINGAPORE. ENDING FOR 2019 JALAN-JALAN STORY
Nur Aishah
1/10/2020 10:37:00 AM
GODIVA
,
JPO
,
SINGAPORE
,
THE PUTERI PACIFIC JB
,
VACATION
4 comments
:
Assalamualaikum.
Jatuh hukum wajib lah kot kena update juga2 entry.
My 1st experience masuk Singapore.
Byk2 negara i pegi, negara seberang tambak pun i tak pernah jejak.
Byk kalii i ajak suami masuk sana.
Suami i dok la cakap "alaa x best la yang, mcm KL je singapore tu"
Suami dh berkali2 masuk sana, job matter dgn main bola lah, bowling lah..
Suami dh berkali2 masuk sana, job matter dgn main bola lah, bowling lah..
Nak jadi cerita, rezki I.. masa cuti Christmas 25/12(rabu),
cousin suami buat kenduri kawen anak.
walau tetengah minggu tatap ONZ ye kenduri.
Mak ayah and yom plan nak naik Jawi melawat adik & anak2buah I kat sana.
So i dah tak dapat joint, since kena attend knduri kawen .
Makanya tercetus lah idea...
Ajommmm lah kita naik selatan...
Preparation cuma bawa passport je.
Tak bawa gran kereta ke apa, sbb suami i nak park kete kat JB Sentral.
And naik bus masuk Singapore...
:: Kenduri kawen anak cousin suami kat dewan dalam UTM Semarak. I masuk JB pakai baju kurung ye. Malas nak nyalin2. yeehaa yiba2 angrey2 ayu mayu turun R&R minum. huhu ::
:: Sampai2 JB dah ptg, terus tuju Goreng Pisang Mawar. I dah berkali2 masuk JB, so mmg dah leh aim nak p makan mana. Goreng Pisang Mawar ni 1 of famous tempat minum petang. Goreng pisang makan cicah sambal hitam mmg walllahh!! jgn lupa minta tauhu jg and try pekena bihun goreng and nasi lemak bungkus daun pisang depa. ponn nak sedapp je kejenyaaaa!! ::
:: dah nak masuk maghrib, terus check-in hotel. Hotel Puteri Pacific sahaja.. Sbb bkn nak stay hotel lama2 pun, esoknya nak masuk Singapore dah.. ::
:: Even oldies hotel, tapi still OK sangat2 je... ::
:: dinner call pokcu.. nak lanjer dia dinner. Adik bongsu i buat degree kat UTM Skudai. pe'el dia, 1 semester sekali je dia balik. Sbb nak fokus study. Bagus deni, tak suka membazir! anak kesayangan mak ni. Kalau jalan dgn mak, siap pimpin2 tangan.. lentuk2 kepala kat bahu mak. mcm bencinta!!!!
:: tanya dia nak makan apa? dia kata western lah... so i search2, keluar MARCO POLO KITCHEN. Mmg dapat high rating la.. so let's la try. Masa sampai2... agak full house, sbb christmas kan? smua pun duk celebrate bagai. Ni Halal cert restaurant ye. Tapiii 90% customer dia non-malay! pokcu and suami order tenderloin steak. cecah rat2 jg regenya. Tapi suami i kata takpe. jarang2 dpt lanje pokcu... ::
:: I kenyang lagi makan kat goreng pisang mawar ptg tadi.. suruh waiter tu recommend something 'light n simple'. Sekali dia bagi pastry ala2 pizza tp bentuk karipap mcmni. bapak lah besarrr oiii! seafood apa tah nama beliau.. ::
:: Sebaik ada pokcu, dia tukang perabihkan makanan I... lepas makan, antar dia balik kampus..Nak ajak dia tdo hotel, dia bz study nak final exam. while kami pun nak masuk Singapore esk. Pokcu takde passport nak bawa skali . ::
NEXT DAY 26122019..
:: Pagi2 dah keluar hotel, kan nak masuk Singapore... awal2 cari tempat bfast best area Larkin... Jumpe orang recommend PONDOK SARAPAN area Larkin... ada mcm2 food oiii. nampak tempting2 smuaaa ::
:: Suami try lontong goreng dia. sedapp! ::
:: I laksa johor pon sedapp! tambah roti jala kari daging 1 set. sedap2 semuaa. pueh hati.. so to those mai JB tak tau nak minum mana, waze PONDOK SARAPAN k?? ::
I nak ajar details2 how to get Singapore from JB pun i tak berapa mahir.
I buat day trip je kat Singapore tanpa bermalam.
Gini, nawaitu I masuk Singapore its only tuk ...
p Merlion Park je tgk patung singa keluar ayaq.
Then makan murtabak zam2.
Then jalan sket2 tgk mall depa..
I mmg takde niat nak masuk USS..
sbb nnt hujung tahun ni nak p sebuah lagi Universal Studio kat negara lain,
i mmg avoid US kali ni.
So itinerary I hanya pusing2 Singapore town.
Kalau koang pun berniat mcm I, boleh tiru itinerary I ni k??
- Park kete kat JB City Square(opposite je JB Sentral)
- Jalan kaki sket to JB Central CIQ and Woodlands check-point (ikut je arrow)
- Sampai check-point kalau tak sure, leh tanya kaunter pertanyaaan, mana bus station to Singapore.
- Then tempuh Malaysia kastam dulu before nak masuk ke area terminal bas to Singapore. Malaysian passport holder, takyah susah2 que pjg2. masukkan je que self-checkin. ikut direction how to scan passport k??
-Lepas je kastam turun bawah, kat bus station dia, boleh pilih bas bernombor 170X.
bas ni akan bawa kita ke MRT Kranji Station. Tiket RM1.80 for one way. Duit Malaysia. Bagi ngam2 sebab dia takkan return balance.
- Dari MRT Kranji Station, boleh beli train ticket to Bugis (bugis street).
- Sampai Bugis street jalan sket, cari ZamZam Restaurant. Sampai sini tak makan murtabak dia mcm kan p mekah tak minum air zamzam lah kan? eh boleh ke gitu? hahah mementang nama sama ; zamzam. huhu.
- Dah kenyam jalan kaki sket, jmpe Masjid Sultan. Mmg kami suka benti solat mana2 masjid yang kami jmpe sepanjang aktiviti berjalan kami. Masjid sultan ni besar.. Nak naik tempat solat perempuan naik je lift tkt 2. terus masuk dewan solat muslimah.
- Lepas buat solat jama' dzuhur and asr, keluar dari masjid akan nampak Arab street. Dah makin lawa arab street ni suami I kata. Dulu tak mcm skrang. Mokata ampa nak beli souvenir, beli kat sini pun dah ok.. Ole2 4 item SGD10(dalam rm33) . Kira boleh laaaaa buat bagi2 adik beradik. I belikan depa beg2 sandang jaa.. saja la cenderahati. Tuk diri i sendiri, yillek pochik!
- Dari Arab Street, i amek cab to Merlion Park. kena dalam SGD7. Senang, sbb dah tak larat nak menapak cari MRT station.
- Dari Merlion Park, naik cab lagi to Orchard Road. Saja la nak cuci2 mata.
Suami i kata nak shopping choclate murah pi Mustafa road, but i dah tak kuasa!
nak keluar dari singapore b4 4pm! sat g jem kat check-point... orang balik qeja!
Now kita story sket and tepek pic apa yg ada naa..
Kisah kepenatan tahap nak campak2 kasut bermula seawal perjalanan dari JB Square to JB CIQ to Woodland check point. Satu point to satu point, semua berjalan belaka.
Boleh tahan jauh ye. Tak sesuai btoi nak bawa org2 tua naik transport awam masuk Singapore.
I yg tak berapa nak tua ni pun dah merempan2. hahaha. ko mmg!!!
Pastu dah naik bas melepasi tambak. masuk je kastam singapore, kena turun bas ye.
Kena p custom singapore plak. Time ni que dah melengkau2.
Pakej ada budak perempuan pengsan siap! suami i dah cuak.
Sbb i dah pegang2 besi rasa nak pitam.
Orang seramai2nya. que sepanjang2nya.
i istighfar je sepanjang2 berdiri tu..
lepas je dari singapore custom, turun balik cari balik bas dgn no.yg sama 170X.
naik je mana2 bas yg bernombor mcmtu, sambil tnjuk tiket masa beli mula2 tadi.
tak payah peramah2 pi bayar 2 kali..
Then naik bas. Alhamdulillah kali ni dapat duduk dalam bas!
:: kemain beronok2 dapat duduk eh?? ::
:: masuk2 je singapore, dalam bas.. nampak building ni.Show Brothers (SB).. producing filem P.Ramlee.. Sebagai peminat tegar P.ramlee, rasa tacing plak nampak sendu sudahh building ni at Jalan Ampas.. Tingat dialogue2 p.ramlee shooting sini... antaranyaa...
"saya bukan tuan, saya jaga.." huhu
:: dalam bas la ni.. Kami naik bas 170X to Kranji MRT Station ::
:: Nanti pandai2 baca laluan kat maps MRT k?? nak ajar satu2 kang lagi feninnn. Tapi mudahnya dari Kranji terus beli tiket to Bugis station. Ada pertukaran station.. Ala mcm kat KL jg laa.. nak p bkt jalil kena turun Chan Sow Lin tukar train Sri Petaling kan?? gitoo la. nak nebes sangat buat pe kan?? benda leh bincang.. hahaha giler belagak weiii! ::
:: dalam train dapat duduk rasa phewww sangat2!!::
:: Pi bugis street ni sbb utama nak makan murtabak zamzam yg femes emes kat sana.. ::
:: dappp sangat murtabak dia. Tak macam yg kat mesia dok claim murtabak singapore2 tu. lain ye! depa pnya sgt crunchy and sedappp. ::
:: share .. nasi beriyani chicken in pot. Pon sedap. dah nak rasa nasi beriyani kat india pun ada.. hahhaah ::
:: bab makan, sapa lah penah berduka kan?? muka dah start senyuummmmm ::
:: belakang tu zamzam restoren ::
:: Singgah Masji Sultan for solat jama' dzuhur and Asar.. ::
:: masa i sampai pukul 12 lebih, tak masuk zuhur lagi.. duduk la solat sunat and ngaji sket... masjid dia bersih luas..telekung pun banyakk n kemas bergantung. Lepas je solat, i nak keluar tgk sepadat2nya orang. Mcm2 slang dialect.. ada yg indonesia, china, malaysian opkos ada.. tiba2 dengaq.. "wei2 ampa siap dak gi". hahahha. rasa mcm ada kat kokdiang pun ye. huhu ::
:: Jalan2 kat Arab street depan masjid. Smua halal food restaurant dari Asia barat.. turki, yammen, iran.dipilih2 sahaja.. ::
:: dari Arab street tahan caban to Merlian Park. kena SGD7.. lebih kurang RM24. ::
:: Merlion park ni ada patung seekor singa besar kepala putih, tapi ekor ikan Ada la tu lagenda2 dia, kakak bz ye nak siasat cari sejarah2 ni. cari sndiri naaa. Mai sini, dapat tangkap pic seround, alangkan macam benchmark "weeehh ak dah mai singapore oiiii!! " gittoo.. ::
:: daling moling sis, yg tinggi tahap kesabaran dia melayan karenah si binik yg tantrum manjang ngalahkan budak2 hahahha.. ::
:: tadah muntah singa ::
:: Merlion Park ni pun area business district. Belakang i ada sampan atas building tu marina bay sands hotel. tak teringin plak nak tidur situ. Since atas tu dengar nya tempat org gamble.. allahualam.. ::
::belakang tu singapore opera house .. ala2 sydney opera house ::
:: eye of singapore dari kejauhan ::
:: dari Merlion Park kami ada naik cab to Orchard road. Takde pic, sbb time tu mmg kejar masa sket, takut sangkut kat check point. Saja jalan2 masuk mall depa cuci2 mata. takde apa yg menarik pun nak grab... harga mcm kat pavi, klcc lebih kurang je. so belenggang balik.. naik train to Kranji station semula ::
:: nampak tak tulisan merah SEMBAWANG tu?kemain lagi nama station depa.. sebaik i tak terasa taww.. sbb i makcik lempoyang bkn makcik bawang.... hahhaa. dari Orchard road pnya train nak balik ke Kranji, perkhh sejam ok perjalanan train dia... tido-bangun2 kami , tak sampai2 jg.. huaaa.. ::
by 4.30pm dah siap2 ada kat singapore custom.
Pun kena que panjang.
Abis masa kat que je laaaaa.
masa nak masuk Tambak ke Malaysia, jem sejem-jem nya..
Sejam baru jejak JB..
5.30pm selamat masuk dalam kereta!
Dia punya legaaa takleh nak habaq weiii!
belum cerita dia pnya taubat! aahhahaa
laki den dok nganjenn je laa.
" ha nak masuk sangat kan??" hahahha
fadan sama muka ana!
kalau naik kete, susah nya masa kat jambatan tambak plak.
kete berjela2 que. if naik bas, dia ada laluan khas bas. tak payah que memanjang.
gitu pulak kisahnya.
Mudahnya naik flight lah kot. Straight away..
persoalannya disini.. Ingat i nak masuk lagi ke???
NO WAY! Sorry dory stoberi.
I tak berminat lgsg nak mai singapore balik.
Nothing much different dgn Malaysia selain dari :
1. Setiap kali beli barang darab 3... air mineral dari sgd1 sbnrnya ialah RM3 ye! limau ais dia SGD2.00. Makanya sama dengan RM6.50 mcmtu! gaji depa besaq,bulih laaa...
2. nak makan HALAL kena berhati2. bkn semua halal! even mcd dia pun non-halal ye.
3. Toilet byk yg takde bidet. aje mampos dh mcm kat oversea nau2. padahal seberang tambak je.
Lain2 malas i nak komen. Sbb kawan i pun ada face 3 kali dgn rudeness singaporean.
I malas nak elaborate. Kang kata assabiyah plak huhu.
Actually kan bab darab 3 currency tu kan..kita bukan tak faham.
mcm melbourne i pi pun lebih kurang mcmtu jg currency dia...
tapi sbb its australia kot!!!
jauh dari malaysia, weather season pun beza. sejuk,autumn.
Negara mat salleh kot??
So puas hati la juga.
Ni mcm pi KL..tapi beli air darab 3. eh tak nak lahh!!
logik tak reason I? hahahaha
tapi nak pi sbb USS, ok la kot. cuma takyah la pi time public or school holiday.
kawan i kena 3jam que nak transformers ride.
But still THANK Q la for a sweet-bitter memories.
kurang2 tambah lagi satu cop dlm passport I..
ne ne ne ne ne..
:: Malam kedua in JB.. p jmpe schoolmate suami I..depa bawa kami makan nasi ayam penyet yg sedappp gilerr..tapi i lupa sangat2 nama tempat dia. famous in JB as well.. Catering ni, catering yg sponsor masa mawi + ekin kawen dulu.. ::
LAST DAY IN JB 27122019
:: last day, bangun awal.. i ajak suami gerak balik KL awal.. Nak ajak singgah JPO yaw! neno neno.. Mai JB tak sah plak tak pekena kacang pool haji kan?? sambil2 i order mee rebus dia. kenapa lah nak sedapp je semua?? kat KL kenapa mee rebus too thick?? rasa berat nak bawa. ni sempoiiiii.. tapi berasa air udang dia. keledek dia.. demmm lahh sedapp! ::
:: Pamparammmmm.. sis in JPO for 3rd time. heheheh. tak nampak ke sis yg gergasiii di no. 0 tu?? heheh ::
:: suami claim jeans... 3 helai terus. senang.... ::
:: LEVI'S our fav brand selain dari Lee Cooper. I masa muda2 suka sangat Edwin jeans.. Sedapp sangat kain dia... tapi lama2 edwin dah mcm discontinue ke jarang2 bawa masuk malaysia.. Sbb edwin muqah sket dari lebaisss.. i dgn husband mmg penggemar jeans. jarang2 pakai slack or jegging ke apa. jeans senang, lasak. ::
:: masuk kedai puaka.. hahahha ::
:: lepas claim bufday dia, dia plak reward bini dia.. hahahhaa. jauh sangat ye beza levi's dia dgn handbag yg i pow dia..tak pulang modal,ongkata! hahhaha. eh kat sini, bkn beli handbag i je.. dia pun beli messenger bag dia. wallet dia pun kemain brand ni. i pnya purse Guess jeeeeee..tapi apa ada kesah. suami I kot kan?? nak pendengki tang mana pun.. tapi kalau LV ke gucci ke tersirap jg darah I..hahhaha ::
:: kenyang terus perut dapat sopimm hahaha ::
:: saja la snap pic kat sini. nak habaq depa pnya christmas sale giler!! time2 sale je la mampooo pun. ni nak CNY ampa pi la menjala sama. michael korrs and kate spade pun dalam pemerhatian I... sbb price dia average. masih mampooo tuk rakyat marhaen mcm I.... ::
:: godiva soft cream sebagai penutup.. eheheheh. dann juga borong shower gel bath & body works.
Sale kaw2 baqhang!!!! ::
Macam panjang lebar sangat dah aih i menaip.
Kurus kuku2 i dah ni.. hahhaa.
Sambung nanti lain plak naa..
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)