Soalan; ustaz,
kalau saya berpuasa pada 10 Muharram sahaja, tanpa berpuasa sehari
sebelumnya iaitu 9 Muharram, adakah puasa 'Asyura saya diterima?
Jawapan;
Disunatkan
kita berpuasa pada kedua-dua hari tersebut (9 Muharram dan 10
Muharram). Sunat puasa pada 10 Muharram berdalilkan hadis dari Abu
Qatadah RA yang menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya berkenaan puasa
pada hari 'Asyura (10 Muharram). Lalu baginda menjawab;
Sunat puasa pada tanggal 9 Muharram pula berdalilkan hadis dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan; Tatkala Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya; ‘Ya Rasulullah! Bukankah ia (yakni ‘Asyura itu) merupakan hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara? Lalu baginda bersabda; "Jika Tahun akan datang, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada tanggal 9 (Muharram)". Berkata Ibnu ‘Abbas; ‘Belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah SAW telah wafat’” (Soheh Muslim; 1134/133).
Berdasarkan hadis ini, kita disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari iaitu hari ke 9 dan hari ke 10 Muharram kerana Nabi SAW telah berpuasa pada hari ke 10 dan berniat untuk berpuasa pada hari ke 9.
"Berpuasalah
pada 'Asyura, akan tetapi hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang
Yahudi, iaitu dengan kamu turut berpuasa sehari sebelumnya atau sehari
selepasnya" (Riwayat Imam Ahmad dalam Fadhail as-Sihabah; 1951. Musnad
al-Bazzar; 5238. Dari Ibnu 'Abbas RA).
Jawapan;

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
“Puasa di hari itu
akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Hadis riwayat Imam Muslim; 1162/197).Sunat puasa pada tanggal 9 Muharram pula berdalilkan hadis dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan; Tatkala Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya; ‘Ya Rasulullah! Bukankah ia (yakni ‘Asyura itu) merupakan hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara? Lalu baginda bersabda; "Jika Tahun akan datang, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada tanggal 9 (Muharram)". Berkata Ibnu ‘Abbas; ‘Belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah SAW telah wafat’” (Soheh Muslim; 1134/133).
Berdasarkan hadis ini, kita disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari iaitu hari ke 9 dan hari ke 10 Muharram kerana Nabi SAW telah berpuasa pada hari ke 10 dan berniat untuk berpuasa pada hari ke 9.
Tujuan
berpuasa pada hari ke 9 ialah untuk berbeza dengan amalan orang-orang
Yahudi dan Nasara yang hanya berpuasa pada hari ke 10. Menurut ulamak;
boleh juga hari ke 9 itu diganti dengan hari ke 11 (yakni berpuasa pada
10 Muharram dan 11 Muharram), berdalilkan hadis Nabi SAW;
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، وَصُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَبُو بَعْدَهُ يَوْمًا

Ada
kalangan ulamak menggalakkan berpuasa pada ketiga-tiga hari itu (9, 10
dan 11 Muharram), antaranya Imam Syafiie yang menyebutnya dalam kitabNya
al-Umm (Lihat; Asna al-Matalib Syarh Raudh at-Talib, 1/431 dan Mughni
al-Muhtaj, 2/184).
Jika
kita hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja, adakah puasa kita
diterima? Menurut Imam Syafiie; tidak mengapa jika hanya berpuasa pada
10 Muharram sahaja (1) (Lihat; Fahul Mu'in, hlm. 59 dan I'anatu
at-Talibin, 2/301).
Kesimpulannya,
dibolehkan kita berpuasa pada hari 'Asyura sahaja (10 Muharram), namun
yang terbaik ialah kita berpuasa juga pada 9 Muharram atau pada 11
Muharram.
Wallahu a'lam.
Nota;
(1)
Sebahagian ulamak berkata; makruh berpuasa pada 10 Muharram sahaja
tanpa berpuasa sehari sebelumnya (9 Muharram) atau sehari selepasnya (11
Muharram), antara mereka ialah ulamak mazhab Hanafi (lihat; al-Mausu'ah
al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 11/12).
Rujukan;
1. A-Z Soal-Jawab Puasa, Solat Terawih, Zakat Fitrah & Hari Raya, Ahmad Adnan Fadzil, hlm. 126.
2. Asna al-Matalib Syarh Raudh at-Talib, Syeikh Zakaria al-Ansar, 1/431.
3. Mughni al-Muhtaj, Syeikh al-Khatib al-Syirbini, 2/184.
4. Fathul Mu'in, hlm. 59.
5. I'anatu at-Talibin, Syeikh Abu Bakar ad-Dumyati, 2/301.
No comments:
Post a Comment
ANY WORDS??